Tuesday, November 18, 2008

KEPUTUSAN UPSR 2008

Tahniah kepada murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun ini.
Seramai 4 orang daripada 42 orang murid telah mendapat keputusan 5A. Mereka adalah

1. Adik Khairunisa bt Ismail.
2. Adik Nur Syuhada Asyikin bt Isa
3. Adik Siti Nur Arina bt Mohd Rafi
4. Adik Muhd Izzuddin bin Abdul Rahim.

Syabas dan tahniah daripada seluruh warga SKPPS.
Kepada yang kurang bernasib baik...masih banyak masa lagi untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan....Insya-Allah

MAKLUMAN :
Layari http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/semakan_pencalonan_sst1/ bagi Aplikasi Semakan Dalam Talian untuk para pelajar lepasan UPSR menyemak pencalonan ke Sekolah Berasrama Penuh.

Wednesday, November 5, 2008

Sejarah Sekolah


SKPPS merupakan bekas Sek Melayu Parit Pinang Seribu yang dibiayai oleh masyarakat kampung ini sendiri iaitu pada tahun 1939. Ia terletak kira-kira 290m dari tapak sekarang.

Pada tahun 1941, ia dipisahkan kepada dua bahagian iaitu Sek Melayu Lelaki Parit Pinang Seribu dan Sek Melayu Perempuan Parit Pinang Seribu.

Pada tahun 1955, bangunan baru dibina di tapak yang ada sekarang dan dikenali sebagai Sek Umum Lelaki.

Kemudian, pada tahun 1962 menyaksikan sebuah lagi bangunan baru dibina dan murid lelaki dan perempuan dicantumkan di dalam sebuah sekolah baru yang dikenali sebagai SK Parit Pinang Seribu.


Lewat 1969, sebuah bangunan dua tingkat dibina dan bangunan 3 tingkat yang siap pada tahun 2003 melengkapkan SKPPS sebagai sebuah sekolah yang selesa dan moden bagi menjadi tempat anak-anak menuntut ilmu dalam peringkat sekolah rendah. SKPPS juga turut mempunyai sebuah kelas prasekolah bermula pada tahun 2005.

Pada tahun 2009, Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah diwujudkan dan pada awal tahun 2010 kelas tersebut telah ditempatkan di sebuah bilik khas yang telah dibaikpulih.

MAKLUMAN : Aktviti sepanjang minggu ke-41

Khamis, 6 November 2008 - Majlis Perpisahan Tahun 6

Jumaat, 7 November 2008 - Sambutan Hari Kanak-kanak

Sabtu, 8 November 2008 - Program Gotong-royong Perdana 2008

Sunday, November 2, 2008

MAKLUMAN : KSPK dan KGSK

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di sekolah menengah dan rendah Kementerian Pelajaran Malaysia memohon mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Satu Tahun.

Nama Kursus : Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun
Tempoh Pengajian : 01 Januari - 31 Disember 2009
Tarikh tutup permohonan ialah 14 November 2008
Sila layari http://apps.emoe.gov.my/kdp/mohon/index01.htm

Bagi PPPLD yang memohon untuk mengikuti Program PGSR Ambilan November 2008, semakan keputusan boleh dilakukan pada 4 November 2008.

Good luck....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...