Monday, March 31, 2008

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM ZON SG BALANG 2008

Karnival ini telah diadakan di SK Jalan Yusuf pada 29 Mac 2008. Tahniah kepada adik Siti Nur Arina bt Mohd Rafi, Khalida Syahira bt Khamis dan Nur Syuhada Asyikin bt Isa yang telah mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Kuiz.

Wednesday, March 26, 2008

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH MUAR 2008

SKPPS TERUS BOLEH....!

Tahun ini menyaksikan kemunculan SKPPS sebagai Naib Juara Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun dalam kejohanan yang diadakan di SK Bakri Batu 5 pada 18-19 Mac 2008 yang lalu. Tahniah dan syabas untuk pasukan perempuan dan usaha lagi bagi pasukan lelaki yang hanya mampu ke peringkat suku akhir. Beberapa orang pemain akan terlibat dengan latihan pusat bagi mewakili daerah ke peringkat MSSJ di SMS Muar pada April akan datang.Semoga kejayaan tahun ini menjadi satu dorongan untuk pencapaian yang lebih baik pada masa hadapan.

KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON SG BALANG 2008

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Sg Balang telah diadakan pada 1/3/2008 bertempat di SK Parit Bulat. SKPPS telah menghantar peserta bagi menyertai 7 pertandingan. Syabas dan tahniah kepada adik Ramnah bt Mister,11 dan adik Maizaty bt Mansor,8 yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bercerita dan mengarang.

Sekolah Berprestasi Tinggi

KRITERIA PEMILIHAN

  • Pencapaian akademik yang cemerlang
  • Melahirkan personaliti unggul
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negaa


FAEDAH

  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran
  • Memanjangkan waktu persekolahan
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat)
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik,


20 BUAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Sekolah Berasrama Penuh
1. Sekolah Tun Fatimah, JB
2. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
5. SM Sultan Abdul Halim, Jitra
6. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
8. SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
10. SM Sains Muzaffar Syah, Melaka

Sekolah Menengah Harian
11. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
12. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
13. SMK Sultanah Asma, Alor Setar
14. SMK (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah
15. SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
16. SK Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
17. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur
18. SK Zainab 2, Kota Bharu
19. SK Convent Kota, Taiping
20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD CAWANGAN BANDAR A

SKPPS BOLEH.....!!!

Syabas dan tahniah kepada kontinjen olahraga sekolah yang telah berjaya mengutip 2 pingat emas dan satu gangsa dalam kejohanan yang diadakan di Padang Sekolah SK Seri Jong pada 19-20/2/2008.
Adik Siti Nur Aishah bt Sulaiman, 12 telah dinobatkan sebagai Olahragawati setelah berjaya mengutip 2 pingat emas dalam acara 100m dan 200m serta membantu kuartet 4x100m memenangi pingat gangsa.
Beliau juga telah terpilih bagi mewakili Cawangan Bandar A ke peringkat daerah yang berlangsung di Padang MRSM Muar, Bakri pada 4-7 Mac 2008.

Thursday, March 6, 2008

Selamat Tinggal Madam Joycee

Madam Joycee bertugas sebagai KGSK di sekolah ini kerana menggantikan Cikgu Nurullinda yang sedang cuti bersalin. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat baktinya sepanjang berada di sini. Semoga pertemuan yang walaupun tidak begitu lama ini akan memberi manfaat yang besar khasnya kepada murid-murid tahun 6.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.

Wednesday, March 5, 2008

PELUNJURAN UPSR 2008

BILANGAN CALON : 42 orang
ETR KESELURUHAN : 66.67 %
ETR 5A : 2 orang

Tuesday, March 4, 2008

Projek Hikmah

YAYASAN PELAJARAN JOHOR
PROGRAM HIKMAH

Senarai murid Tuisyen Kampung (UPSR)

1 AIN NASYIHIN AZMAN
2 FATHEEN NAZURA BT ZAIDI
3 FATIN NURSAFIKAH HAMDAN
4 HAMIDAH ABD JALAL
5 INTAN HIDAYU SELAMAT
6 KHAIRUNISA' ISMAIL
7 KHALIDA SYAHIRA KHAMIS
8 MUHAMAD SYAHMI
9 MUHAMMAD AIMAN BAHRIN
10 MUHAMMAD AMIRUL NAIM
11 MUHAMMAD ARSYAD
12 MUHAMMAD AZAM YAHYA
13 MUHAMMAD FAIRUZ ISHAK
14 MUHAMMAD FAIZAL HAZAMI
15 MUHAMMAD HISYAMUDDIN
16 MUHAMMAD IQBAL HASRIN
17 MUHAMMAD IZZUDDIN
18 MUHAMMAD RIDWAN RAMLI
19 MUHAMMAD SHAH EIQMAL
20 MUHAMMAD SYAHIR ABD.GHANI
21 MUHD FARKHAN SANUSI
22 NUR FARAHIN BT A.BAKAR
23 NUR KHAIRINA MD ALI
24 NUR SYUHADA ASYIKIN ISA
25 NURLINA GHAZALI
26 NURUL AISYAH SHAHRIL
27 NURUL ATIQAH MAHSUS
28 SITI NUR AISHAH SULAIMAN
29 SITI NUR ARINA MD RAFI
30 SITI SARAH YUSOF

Monday, March 3, 2008

UPPM 1 2008

Ujian Pengesanan Prestasi Murid Kali Pertama (UPPM 1) 2008

Dijalankan dari 3 hingga 5 Mac 2008 untuk Tahun 2 hingga 6.

Isnin – 3 Mac 2008 - BM – Pemahaman, BM – Penulisan, Matematik ( Kertas 1)

Selasa – 4 Mac 2008 - Sains, B. Arab (Tahun 2), Matematik (Kertas 2), Pendidikan Seni Visual

Rabu – 5 Mac 2008 - B. Inggeris (Kertas 1), B. Inggeris (Kertas 2), Pendidikan Agama Islam


SELAMAT MENGHADAPI UPPM 1 !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...