Friday, July 30, 2010

Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2/2010

Salah satu pengisian program yang dirancang untuk program khidmat masyarakat di Mukim Parit Bakar, Muar adalah program bimbingan kerjaya dan motivasi untuk pelajar sekolah yang mengambil UPSR.

Semua murid tahun 4 hingga 6 dikhendaki hadir pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 bersama ibu bapa atau penjaga.

Hari sabtu tersebut juga adalah hari sekolah ganti, gunakan jadual hari khamis..

Terima kasih.

Gotong Royong

Gotong royong akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh: 31.07.20101 (Sabtu)
Masa: 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat: SK Parit Pinang Seribu
Keterlibatan: Semua guru, staf dan murid-murid Tahun dan 5

Aturcara:
8.00: Taklimat Tugasan di Dataran Sri Pianng SKPPS
8.30 - 10.30: Aktiviti gotong royong
10.30: Jamuan ringan/rehat
11.00 pg: Sambung gotong royong
12.00: Bersurai

Monday, July 19, 2010

UPPM 3

UPPM 3 akan diadakan mulai 27 hingga 29 Julai 2010 dan semua kelas adalah terlibat.

Muar Daerahku, Bersih Idamanku

Majlis pelancaran program "Muar Daerahku, Bersih Idamanku" dan "10,000 Langkah" telah diadakan pada hari Sabtu 17 Julai 2010 jam 7.46 pagi di Tanjung ketapang, Muar (bersebelahan kediaman rasmi pegawai daerah Muar)

Pihak sekolah juga diminta untuk bersama2 melaksanakan program ini!

Friday, July 16, 2010

dibatalkan

Program motivasi untuk murid2 cemerlang, galus dan guru2 tahun 6 yang sepatutnya diadakan pada hari esok, sabtu 17 Julai 2010 telah dibatalkan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tuesday, July 13, 2010

Gerakgempur UPSR


Gerakgempur bagi UPSR zon Sg Balang akan diadakan seperti tarikh2 berikut:

Bahasa Melayu Galus - 13 Julai 2010

Bahasa Inggeris Galus - 14 Julai 2010

(Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari. Tempat: SK Parit Nawi, Muar)

Motivasi Cemerlang, Galus dan Guru Thn 6 - 17 Julai 2010

(Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari. Tempat: SK Ismail Satu)

Matematik Cemerlang - 19 Julai 2010

Matematik Galus - 20 Julai 2010

Sains Galus - 21 Julai 2010


(Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari. Tempat: SK Parit Nawi, Muar)

Bahasa Inggeris Cemerlang - 22 Julai 2010

(Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari di SK Parit Pinang Seribu)


Wednesday, July 7, 2010

sistem pendidikan....

Walaupun negara ini relatif kecil, Finland ialah pusat dan pejabat pembangunan teknologi Nokia - bersama-sama dengan 800 syarikat teknologi tinggi lain. Sebahagian kecanggihan dan kepakaran teknologi Finland melimpah ke negara jirannya, Rusia.

Finland yang terletak tidak jauh dari lingkaran Kutub Utara, dianggap sebagai satu daripada tiga negara yang paling kompetitif di dunia.

Sebabnya sangat jelas: sistem pendidikannya.


Kerajaan Finland melakukan banyak perkara bagi pembangunan pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar sentisa sibuk mengikuti dan melaksanakan progam pendidikan. Namun, pada masa yang sama, tidak ada peperiksaan kebangsaan atau ujian akhir tahun. Yang ada hanyalah penilaian yang berterusan, - iaitu gabungan antara ujian bulanan dan penilaian guru.

Finland memastikan bahawa semua murid disediakan makanan percuma di sekolah. Mereka diberi subsidi kos pengangutan untuk kesekolah atau pergi melaksanakan program sekolah. Kerajaan Finland menganggap bahawa ini adalah sebahagian daripada keperluan dan proses pendidikan.

Dari segi pengurusan disiplin pelajar, tidak akan ada pelajar yang akan dibuang sekolah. Penekanannya ialah kepada “penyelesaian hingga ke akar-umbi” jika timbul sebarang masalah disiplin pelajar.
Hanya 15 peratus permohonan untuk menjadi guru yang diterima. Hanya yang mempunyai ijazah peringkat Master diterima menjadi guru. Secara berterusan, guru-guru dihantar berkursus pada waktu cuti panjang bagi mempertingkatkaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sistem pendidikan Finland berfokus pada keperluan pelajar dan menolak sistem pengasingan pelajar mengikut kebolehan. Dengan demikian, akan mengurangkan jurang pendidikan antara "yang berada " dan “tidak berada” dan mempertingkatkan tahap prestasi pencapaian pelajar dan orang dewasa secara lebih menyeluruh.

Friday, July 2, 2010

hari terbuka




Sekolah mengadakan Majlis Hari Terbuka pada hari ini dan mengadakan juga jualan oleh ahli kelab bilik guru dan ajk pibg. Cuaca baik dan kedatangan ibu bapa agak memuaskan.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...