Sekapur Sirih

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, laman web ini telah dapat dibangunkan. Laman web ini direalisasikan bagi memenuhi matlamat Kementerian Pelajaran untuk menjana dan memperkasa arus pendidikan perdana yang sejajar dengan perkembangan dunia ICT.

Pihak sekolah berharap hasrat dan matlamat ini dapat dicapai dengan jayanya untuk kepentingan semua murid dan warga pendidik di sekolah ini.

Tidak lupa dalam kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah mencurahkan tenaga dan bakti dalam usaha membina laman web ini.

Pihak sekolah sentiasa mengharapkan dan menghargai sokongan serta kerjasama daripada semua pihak dari semasa ke semasa demi kecemerlangan dunia pendidikan, khususnya untuk terus mempertingkat kecemerlangan pendidikan dan pembudayaan ICT di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.


YUSOF BIN SIPAN
Guru Besar
SK Parit Pinang Seribu, Muar
Tel/Fax: 069872172
Email: skppsmuar@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...