Monday, August 30, 2010

Acara Sambutan Hari Merdeka




lihat gambar lagi di sini dan di sini


Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pada hari ini kami menerima kedatangan 4 orang guru pelatih yang akan menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) selama seminggu. Mereka ialah Mohd Syazwan bin Sulaiman, Mazri bin Ishak dan Azizi bin Ishak dari IPGM KTI (Temenggong Ibrahim) dan Muhammad Hafizuddin bin Abd. Razak dari IPGM Ilmu Khas.

Moga mereka dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya!

Thursday, August 26, 2010

Bonus – Bantuan Kewangan Hari Raya 2010

Bonus raya 2010, duit raya, durian runtuh atau Bantuan Khas Kewangan hari Raya. Apapun istilah yang digunakan, yang pasti pengumuman yang dibuat oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini pastinya akan membuatkan kakitangan awam dan pesara rasa bersyukur dan gembira.

Bantuan Khas Kewangan hari Raya 2010 ni membolehkan lebih 1.24 juta kakitangan awam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan akan menikmati tambahan perbelanjaan sebanyak RM500 setiap orang. Pembayaran akan dibuat sebelum menjelangnya 1 Syawal 1431. “Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini. “Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata mereka ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Wednesday, August 25, 2010

Bunga Kebangsaan

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Sumber (lihat di sini)

Monday, August 23, 2010

Sekolah Ganti

Tambahan cuti sempena hari raya pada 14 dan 15 September akan diganti pada hari Sabtu 18 September dan 2 Oktober. Sila ambil perhatian dan jangan lupa untuk hadir ke sekolah pada hari-hari tersebut!

Selamat hari raya untuk semua, moga sentiasa berada di dalam perlindungan dan keberkatan Allah swt..... amin!

Friday, August 20, 2010

Cara mengenali Pak Pandir

Anda semua kenal Pak Pandir, tapi tahukah anda cara kenali Pak Pandir?

Ni dia ciri-ciri kalau nak kenal Pak Pandir:

  1. dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
  2. dia fax surat dengan stem diatasnya.
  3. cuba melemaskan ikan dengan merendamnya di dalam air.
  4. cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
  5. study hard untuk ujian darah.
  6. tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
  7. fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
  8. vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
  9. Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
  10. mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
  11. dia baca mesej ini.......heheheh
Jangan mare, gurau sikit ptg2 pose nih!!!

cuti berganti hari raya

Selamat Hari Raya Pictures, Images and Photos

(Makluman daripada PPD Muar)

TINDAKAN>> Pengetua/Guru Besar

Untuk makluman Tuan cuti berganti pada Hari Raya Aidilfitri boleh diambil pada tarikh-tarikh berkenaan ;

1. 14 & 15 September 2010 bagi Sekolah Rendah

2. 14,15 & 17 September 2010 bagi Sekolah Menengah

Sila mohon ke PPD untuk kelulusan serta dengan tarikh gantian.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Mariah di talian (06-9525113) dan Pn. Jamiah (06-95251995). Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 18, 2010

pencipta jalur gemilang

Inilah dia Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

Buat pertama kalinya Bendera Malaysia di naikkan pada 31 Ogos 1957.

bengkel permurnian blog


Semalam, dari jam 8.30 pg hingga 12.15 tengah hari telah diadakan bengkel mengemaskinikan blog pejabat, prasekolah dan pendidikan khas....

Moga semua blog tersebut khasnya akan dapat dikendalikan dengan jayanya selepas ini!

Tuesday, August 10, 2010

rombongan ke MRSM Muar

Pagi tadi murid2 tahap dua seramai 44 orang telah mengikuti rombongan ke MRSM Muar, Bakri yg diketuai oleh Tn Hj Asmaon bin Kasim selaku GPK HEM. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Kaunseling SKPPS. Guru yang turut serta ialah Ustazah Siti Aeishah, Cikgu Sulaiman, Cikgu Nurullinda dan Cikgu Saiful.

Wednesday, August 4, 2010

Solat hajat

Solat hajat utk murid2 yg akan menduduki upsr akan diadakan hari Isnin mlm Selasa, 9 Ogos 2010. Semua murid dan ibu bapa dikhendaki hadir bagi sama2 menjayakannya.

Monday, August 2, 2010

bulan kemerdekaan

tema sambutan kemerdekaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi'.

bulan kemerdekaan disambut bermula dari 1 Ogos hingga 16 sept 2010.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...