Monday, February 28, 2011

Minggu AntiDadah

Pagi tadi, semasa perhimpunan telah diadakan majlis pelancaran sambutan minggu anti dadah tahun 2011 peringkat sekolah. Aturcara bermula dengan ucapan penyelaras program antidadah, membacakan perutusan pengarah pelajaran Johor, ucapan perlancaran oleh GB dan pembacaan ikrar antidadah. Sambutan pada tahun ini bertemakan '1Malaysia membanteras Dadah'

sila lihat gambar2 di sini.

Friday, February 18, 2011

sekolah ganti


esok adalah hari sekolah menggantikan cuti Tahun Baru Cina. Pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul yg dipenuhi dengan beberapa aturcara seperti perarakan, pertandingan sepanduk, berzanji, ceramah dan pertandingan serta jamuan.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Sila lihat gambar2 di sini.

Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana....

Pagi ini semua murid dan guru di semua sekolah negeri Johor terlibat dalam program Larian Perdana Mahkota 1 Murid 1 Sukan. Pihak ibu bapa juga digalakkan untuk serta.

Sila lihat gambar2 di sini.

Monday, February 7, 2011

guru praktikum

bagi pihak sekolah saya mengalu-alukan kedatangan;
1. En Muhammad Waqiuddin bin Abd majid
2. En Muhammad hatta bin M. Noh
dari IPG Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat
semoga dapat menjalani praktikum dengan jayanya dan mendapat manfaat sebanyak-banyaknya sepanjang berada di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...