Wednesday, February 24, 2010

kajian tindakan

Tajuk proposal bagi sekolah2 rendah daerah muar hendaklah dihantar sebelum atau pada 12 Mac 2010 ke SK Bandar Maharani, Muar (u.p: Tn Hj Hassan bin Hj Johari)

Adalah diingatkan bahawa semua guru di setiap sekolah diwajibkan membuat projek kajian tindakan seperti mana yang diarahkan oleh Tuan Pengarah. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn Hj Hassan bin Hj Johari- 0196650727 atau Pn Adriana bt Hj Musrik- 0126904602.

Sekian, terima kasih.


p/s; guru skpps, sila hantar proposal kpd Pn Melati dua hari sebelum tarikh tersebut.

Monday, February 22, 2010

Rancangan Pelajaran Tahunan

Sesiapa yang berminat untuk melihat contoh RPT bagi semua subjek sekolah rendah sila klik di sini.

Terima kasih.

Friday, February 12, 2010

Kajian Tindakan

Pada tahun ini, JPNJ mewajibkan semua guru menyediakan seorang sebuah kajian tindakan. Sila klik di sini utk melihat panduan asas menyediakan kertas cadangan dan laporan kajian tindakan. Terima kasih.

Wednesday, February 10, 2010

PROGRAM PEMANTAUAN KEPIMPINAN KUALITI SEKOLAH (PPKKS) 2010

PPKKS tahun 2010 akan dilaksanakan secara PENYEMAKAN DOKUMEN dan borang SJQ 3/2010 adalah sebagai panduannya.Dokumen2 yg berkaitan perlu dikemaskinikan dan dihantar ke Sekolah Tinggi, Muar sebelum tarikh penyemakan yang akan dilaksanakan pada 25 Februari 2010 mulai pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. SEMUA sekolah adalah terlibat.

Wednesday, February 3, 2010

Maklumat GPI

Kepada semua GPI dan Guru Bahasa Arab,

Tuan/Puan,

MAKLUMAT GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH KPM NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam dalam proses mengemaskini data guru-guru Pendidikan Islam termasuk guru j-QAF. Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru opsyen Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mengisi maklumat masing-masing di dalam borang yang disediakan.

3. Borang tersebut hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah sebelum atau pada 15 Februari 2010 . Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Khairil Anuar bin Abdul Kadir di talian 07-2332344 atau 019-7547412.

4. Borang tersebut boleh dimuat turun di sini.

Sekian, terima kasih.

program motivasi

Semua ibu bapa murid Tahun 6 diminta hadir demi kebaikan anak-anak terutamanya dalam usaha meningkatkan pencapaian prestasi akademik mereka. Terima kasih.

Tuesday, February 2, 2010

cuti berganti

Cuti berganti hari Sabtu 2010 adalah seperti berikut;

Tahun Baru Cina, Hari Khamis, 18/02/2010 >>>>
tarikh ganti hari sabtu = 23/01/2010

Tahun Baru Cina, Hari Jumaat, 19/02/2010 >>>>
tarikh ganti hari sabtu = 06/02/2010

Hari Raya Aidilfitri, Hari Isnin, 13/09/2010 >>>>
tarikh ganti hari sabtu = 24/04/2010

Hari Deepavali, Hari Khamis, 04/11/2010 >>>>
tarikh ganti hari sabtu = 07/08/2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...