Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah


esok 7 Disember 2010 adalah bersamaan dengan 1hb Muharram 1432 Hijriah.....

Monday, November 29, 2010

tuisyen

hari ini bermula tuisyen untuk murid-murid tahun 6, 2011....

alhamdulillah, seramai 30/40 telah datang, dengan dikenakan sedikit bayaran, kehadiran tiada paksaan.

Tuesday, November 23, 2010

Wednesday, November 10, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan

akan diadakan pada hari Jumaat, 12 November 2010 mulai jam 8.30 pagi.

Semua ibu bapa atau penjaga yang anaknya menerima anugerah dijemput hadir.


Sila lihat gambar2 di sini......,

terima kasih.

Thursday, October 28, 2010

perkhemahan

Perkhemahan Unit-unit Beruniform Sekolah akan diadakan mulai esok hingga 30 Oktober di padang sekolah.

lihat gambar2 di sini, tq.

Wednesday, October 27, 2010

Hari Kelepasan Am 2011

1. Hol Almarhum Sultan Iskandar** : 11 Januari (Selasa)
2. Hari Thaipusam ** : 20 Januari (Khamis)
3. Tahun Baru Cina : 3 - 4 Februari (Khamis & Jumaat)
4. Maulidur Rasul S.A.W : 15 Februari (Selasa)
5. Hari Pekerja : 1 Mei (Ahad)
6. Hari Wesak : 17 Mei (Selasa)
7. Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong : 4 Jun (Sabtu)
8. Awal Ramadhan* : 1 Ogos (Isnin)
9. Hari Raya Puasa * : 30 - 31 Ogos (Selasa & Rabu)
10. Hari Kebangsaan : 31 Ogos (Rabu)
11. Hari Malaysia : 16 September (Jumaat)
12. Hari Deepavali* : 26 Oktober (Rabu)
13. Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) : 6 November (Ahad)
14. Hari Keputeraan Sultan Johor ** : 22 November (Selasa)
15. Awal Muharam (Maal Hijrah) 1433 H : 27 November (Ahad)
16. Hari Krismas Hari Ahad 25 Disember : 25 Disember (Ahad)

Sunday, October 24, 2010

UPPM 4

Akan bermula pada esok, Isnin 25 Oktober 2010

8.00 - 9.00 pg : Bahasa Arab

9.10 - 10.10 : Pend. Seni Visual

10.40 - 11.40 : Pend, Jasmani & Kesihatan

Tuesday, October 19, 2010

Standard Guru Malaysia


Menggariskan kompentesi profesional keguruan yang patut dicapai oleh guru (Standard), dan Keperluan yang patut disediakan oleh agensi & institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

p/s: Kepada semua guru skpps, sila baca selanjutnya ttg SGM di dalam email masing2, terima kasih

lihat juga di sini....

UPPM 4

akan diadakan mulai 26 hingga 29 Oktober 2010.

Kepada semua murid SKPPS, sila buat persediaan utk menghadapinya, selamat maju jaya!!!

Saturday, October 2, 2010

Hari kanak-kanak

Hari ini ialah sekolah ganti, menggantikan cuti hari raya pada 15 September dan pihak telah mengadakan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah. Beberapa cara padang dan persembahan pentas telah diadakan.

sila lihat gambar di sini.

Thursday, September 23, 2010

sambutan hari raya

Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah akan diadakan pada hari Jumaat, 24 September 2010, bersamaam 15 Syawal 1431H.


Aturcara Majlis;

7.10 : Murid berkumpul di dewan

7.20 : Majlis Khatam

8.30 : Persiapan Kelas

9.30 : Marhaban dari kelas ke kelas

11.00 : Jamuan Guru

11.50 : Bersurai

Tuesday, September 21, 2010

Jadual UPSR

21 Sept

8.00-9.15: BM Ujian Pemahaman

9.30-11.10: BM Ujian Penulisan

11.30-12.40: Mathematis (Kertas 2)


22 Sept

8.00-9.30: Mathematics (Kertas 1)


23 Sept

8.00-9.40: Science

11.40-1.10: BI (Kertas 1)

11.40-1.10: BI (Kertas 2)

2.15-3.50: Ujian Aptitud

Monday, September 20, 2010

UPSR

UPSR akan dijalankan mulai esok hingga 23 September. Selamat menjalani ujian tersebut kepada semua murid Tahun 6 dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang! Yakin boleh!

Friday, September 17, 2010

jemputan (Pn Safiah Ahmad)

Kepada semua guru dan staf sokongan SKPPS,

upsr


Kepada semua calon upsr SKPPS, itulah sahaja lagi masa yg kamu ada....!!!

Wednesday, September 1, 2010

Makluman Cuti

1. Cuti pertengahan semester kedua: 4 - 13 September 2010

2. Cuti berganti Hari Raya: 14 - 15 September 2010
(ganti pada hari Sabtu 18 Sept & 2 Okt 2010)

3. Cuti Hari Malaysia: 16 September 2010.

Monday, August 30, 2010

Acara Sambutan Hari Merdeka




lihat gambar lagi di sini dan di sini


Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pada hari ini kami menerima kedatangan 4 orang guru pelatih yang akan menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) selama seminggu. Mereka ialah Mohd Syazwan bin Sulaiman, Mazri bin Ishak dan Azizi bin Ishak dari IPGM KTI (Temenggong Ibrahim) dan Muhammad Hafizuddin bin Abd. Razak dari IPGM Ilmu Khas.

Moga mereka dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya!

Thursday, August 26, 2010

Bonus – Bantuan Kewangan Hari Raya 2010

Bonus raya 2010, duit raya, durian runtuh atau Bantuan Khas Kewangan hari Raya. Apapun istilah yang digunakan, yang pasti pengumuman yang dibuat oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini pastinya akan membuatkan kakitangan awam dan pesara rasa bersyukur dan gembira.

Bantuan Khas Kewangan hari Raya 2010 ni membolehkan lebih 1.24 juta kakitangan awam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan akan menikmati tambahan perbelanjaan sebanyak RM500 setiap orang. Pembayaran akan dibuat sebelum menjelangnya 1 Syawal 1431. “Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini. “Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata mereka ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Wednesday, August 25, 2010

Bunga Kebangsaan

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Sumber (lihat di sini)

Monday, August 23, 2010

Sekolah Ganti

Tambahan cuti sempena hari raya pada 14 dan 15 September akan diganti pada hari Sabtu 18 September dan 2 Oktober. Sila ambil perhatian dan jangan lupa untuk hadir ke sekolah pada hari-hari tersebut!

Selamat hari raya untuk semua, moga sentiasa berada di dalam perlindungan dan keberkatan Allah swt..... amin!

Friday, August 20, 2010

Cara mengenali Pak Pandir

Anda semua kenal Pak Pandir, tapi tahukah anda cara kenali Pak Pandir?

Ni dia ciri-ciri kalau nak kenal Pak Pandir:

  1. dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
  2. dia fax surat dengan stem diatasnya.
  3. cuba melemaskan ikan dengan merendamnya di dalam air.
  4. cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
  5. study hard untuk ujian darah.
  6. tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
  7. fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
  8. vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
  9. Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
  10. mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
  11. dia baca mesej ini.......heheheh
Jangan mare, gurau sikit ptg2 pose nih!!!

cuti berganti hari raya

Selamat Hari Raya Pictures, Images and Photos

(Makluman daripada PPD Muar)

TINDAKAN>> Pengetua/Guru Besar

Untuk makluman Tuan cuti berganti pada Hari Raya Aidilfitri boleh diambil pada tarikh-tarikh berkenaan ;

1. 14 & 15 September 2010 bagi Sekolah Rendah

2. 14,15 & 17 September 2010 bagi Sekolah Menengah

Sila mohon ke PPD untuk kelulusan serta dengan tarikh gantian.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Mariah di talian (06-9525113) dan Pn. Jamiah (06-95251995). Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 18, 2010

pencipta jalur gemilang

Inilah dia Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

Buat pertama kalinya Bendera Malaysia di naikkan pada 31 Ogos 1957.

bengkel permurnian blog


Semalam, dari jam 8.30 pg hingga 12.15 tengah hari telah diadakan bengkel mengemaskinikan blog pejabat, prasekolah dan pendidikan khas....

Moga semua blog tersebut khasnya akan dapat dikendalikan dengan jayanya selepas ini!

Tuesday, August 10, 2010

rombongan ke MRSM Muar

Pagi tadi murid2 tahap dua seramai 44 orang telah mengikuti rombongan ke MRSM Muar, Bakri yg diketuai oleh Tn Hj Asmaon bin Kasim selaku GPK HEM. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Kaunseling SKPPS. Guru yang turut serta ialah Ustazah Siti Aeishah, Cikgu Sulaiman, Cikgu Nurullinda dan Cikgu Saiful.

Wednesday, August 4, 2010

Solat hajat

Solat hajat utk murid2 yg akan menduduki upsr akan diadakan hari Isnin mlm Selasa, 9 Ogos 2010. Semua murid dan ibu bapa dikhendaki hadir bagi sama2 menjayakannya.

Monday, August 2, 2010

bulan kemerdekaan

tema sambutan kemerdekaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi'.

bulan kemerdekaan disambut bermula dari 1 Ogos hingga 16 sept 2010.

Friday, July 30, 2010

Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2/2010

Salah satu pengisian program yang dirancang untuk program khidmat masyarakat di Mukim Parit Bakar, Muar adalah program bimbingan kerjaya dan motivasi untuk pelajar sekolah yang mengambil UPSR.

Semua murid tahun 4 hingga 6 dikhendaki hadir pada hari Sabtu, 7 Ogos 2010 bersama ibu bapa atau penjaga.

Hari sabtu tersebut juga adalah hari sekolah ganti, gunakan jadual hari khamis..

Terima kasih.

Gotong Royong

Gotong royong akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh: 31.07.20101 (Sabtu)
Masa: 8.00 pg - 12.00 tgh
Tempat: SK Parit Pinang Seribu
Keterlibatan: Semua guru, staf dan murid-murid Tahun dan 5

Aturcara:
8.00: Taklimat Tugasan di Dataran Sri Pianng SKPPS
8.30 - 10.30: Aktiviti gotong royong
10.30: Jamuan ringan/rehat
11.00 pg: Sambung gotong royong
12.00: Bersurai

Monday, July 19, 2010

UPPM 3

UPPM 3 akan diadakan mulai 27 hingga 29 Julai 2010 dan semua kelas adalah terlibat.

Muar Daerahku, Bersih Idamanku

Majlis pelancaran program "Muar Daerahku, Bersih Idamanku" dan "10,000 Langkah" telah diadakan pada hari Sabtu 17 Julai 2010 jam 7.46 pagi di Tanjung ketapang, Muar (bersebelahan kediaman rasmi pegawai daerah Muar)

Pihak sekolah juga diminta untuk bersama2 melaksanakan program ini!

Friday, July 16, 2010

dibatalkan

Program motivasi untuk murid2 cemerlang, galus dan guru2 tahun 6 yang sepatutnya diadakan pada hari esok, sabtu 17 Julai 2010 telah dibatalkan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tuesday, July 13, 2010

Gerakgempur UPSR


Gerakgempur bagi UPSR zon Sg Balang akan diadakan seperti tarikh2 berikut:

Bahasa Melayu Galus - 13 Julai 2010

Bahasa Inggeris Galus - 14 Julai 2010

(Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari. Tempat: SK Parit Nawi, Muar)

Motivasi Cemerlang, Galus dan Guru Thn 6 - 17 Julai 2010

(Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari. Tempat: SK Ismail Satu)

Matematik Cemerlang - 19 Julai 2010

Matematik Galus - 20 Julai 2010

Sains Galus - 21 Julai 2010


(Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari. Tempat: SK Parit Nawi, Muar)

Bahasa Inggeris Cemerlang - 22 Julai 2010

(Masa: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari di SK Parit Pinang Seribu)


Wednesday, July 7, 2010

sistem pendidikan....

Walaupun negara ini relatif kecil, Finland ialah pusat dan pejabat pembangunan teknologi Nokia - bersama-sama dengan 800 syarikat teknologi tinggi lain. Sebahagian kecanggihan dan kepakaran teknologi Finland melimpah ke negara jirannya, Rusia.

Finland yang terletak tidak jauh dari lingkaran Kutub Utara, dianggap sebagai satu daripada tiga negara yang paling kompetitif di dunia.

Sebabnya sangat jelas: sistem pendidikannya.


Kerajaan Finland melakukan banyak perkara bagi pembangunan pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar sentisa sibuk mengikuti dan melaksanakan progam pendidikan. Namun, pada masa yang sama, tidak ada peperiksaan kebangsaan atau ujian akhir tahun. Yang ada hanyalah penilaian yang berterusan, - iaitu gabungan antara ujian bulanan dan penilaian guru.

Finland memastikan bahawa semua murid disediakan makanan percuma di sekolah. Mereka diberi subsidi kos pengangutan untuk kesekolah atau pergi melaksanakan program sekolah. Kerajaan Finland menganggap bahawa ini adalah sebahagian daripada keperluan dan proses pendidikan.

Dari segi pengurusan disiplin pelajar, tidak akan ada pelajar yang akan dibuang sekolah. Penekanannya ialah kepada “penyelesaian hingga ke akar-umbi” jika timbul sebarang masalah disiplin pelajar.
Hanya 15 peratus permohonan untuk menjadi guru yang diterima. Hanya yang mempunyai ijazah peringkat Master diterima menjadi guru. Secara berterusan, guru-guru dihantar berkursus pada waktu cuti panjang bagi mempertingkatkaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sistem pendidikan Finland berfokus pada keperluan pelajar dan menolak sistem pengasingan pelajar mengikut kebolehan. Dengan demikian, akan mengurangkan jurang pendidikan antara "yang berada " dan “tidak berada” dan mempertingkatkan tahap prestasi pencapaian pelajar dan orang dewasa secara lebih menyeluruh.

Friday, July 2, 2010

hari terbuka




Sekolah mengadakan Majlis Hari Terbuka pada hari ini dan mengadakan juga jualan oleh ahli kelab bilik guru dan ajk pibg. Cuaca baik dan kedatangan ibu bapa agak memuaskan.....

Monday, May 31, 2010

uppm 2 dan cuti semester pertama


uppm 2 akan bermula esok utk tahun 1 hingga tahun 5. uppm 2 utk tahun 6 telah diadakan pd minggu lepas....

sekolah akan mula bercuti utk semester pertama bermula pd 5 Jun sehingga 20 Jun.

Friday, May 21, 2010

linus, pemulihan dan pendidikan khas

pd pagi ini jam 10.30, pihak sekolah mengadakan perjumpaan dgn ibu bapa/penjaga yg anak2 mereka terlibat dgn program tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat di sini.

Tuesday, May 18, 2010

sambutan hari guru

sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan semalam dgn aturcara spt berikut;

- perhimpuan di dlm dewan
- nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah
- ucapan wakil murid
- bacaan perutusan KPPM oleh gpk1
- bacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh GB
- ucapan GB
- bacaan ikrar guru
- nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu tema hari guru
- bacaan yassin dan tahlil ringkas serta doa
- sesi bergambar
- minum pagi di bilik guru (pot-luck)
- permainan
- persembahan murid di dewan
- jamuan


klik di sini utk melihat gambar2 lain.

Friday, May 14, 2010

hari guru


Sambutan hari guru peringkat sekolah akan diadakan pada hari Isnin, 17 Mei 2010.

gotong-royong perdana

esok 15 mei akan diadakan gotong-royong perdana di semua sekolah di seluruh negara, datanglah beramai-ramai!!!

Monday, May 10, 2010

Friday, May 7, 2010

PERUTUSAN HARI GURU 2010


PERUTUSAN HARI GURU 2010
oleh
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

(
klik di sini)

Sunday, May 2, 2010

juara rakyat







hari ini diadakan program juara rakyat di padang sekolah yang dianjurkan oleh umno bahagian muar. Perasmian akan dilakukan oleh YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun, timbalan menteri dari Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah.

Tuesday, April 27, 2010

Hari Keluarga dan Majlis Persaraan GPK HEM



Kepada Semua Warga SKPPS

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan
dengan segala
hormatnya mempersilakan

Tuan/Puan/Encik/Cik
Sekeluagra ke Majlis tersebut yang akan diadakan pada:

Tarikh : 30 April 2010 (Jumaat malam Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : SK Parit Pinang Seribu, Muar.

Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan/Encik/Cik akan menyerikan lagi
majlis ini dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Terima kasih. Wassalam.

Saturday, April 24, 2010

hari pengguna











Sekolah mengadakan program hari pengguna peringkat sekolah pada hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...