Tuesday, November 15, 2011

sumbangan awal persekolahan RM100


Semua ibu bapa atau penjaga murid SK Parit Pinang Seribu dikhendaki hadir ke sekolah pada hari esok dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 ptg untuk mengambil wang sumbangan tersebut.

Kerjasama dan keperihatinan ibu bapa sekelian didahului ucapan ribuan terima kasih

Sunday, October 23, 2011

perkhemahan unit beruniform

program perkhemahan tahun ini telah diadakan pada 21 dan 22 Oktober. Semua murid tahun 4 hingga tahun 6 terlibat. Perkhemahan kali ini mencipta rekodnya sendiri kerana tidak ditimpa hujan.....alhamdulillah, cuaca sangat baik!

Sila lihat gambar di sini.

Monday, October 17, 2011

UPPM 4

UPPM akan diadakan mulai 31 Oktober sehingga 3 November 2011

Monday, September 19, 2011

Program Selepas UPSR


BIL
TARIKH
PROGRAM
1
19.9.2011
Mengemas PSS
2
19.9.2011
Pertandingan Menulis esei rukun Negara
3
20.9.2011
Pertandingan Bola Baling Lelaki
4
27.9.2011
Lawatan ke Bukit Kepong
5
22.9.2011
Perlawanan Bola Baling
6
23.9.2011
Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah
7
6.10.2011
Latihan Kemahiran di Kolej Komuniti
8
13.10.2011
Latihan Kemahiran di Kolej Komuniti
9
19 Sept – 30 Okt 2011
Belajar seperti biasa subjek elektif mengikuti jadual waktu

Friday, September 2, 2011

Selamat Menempuhi UPSR

Kepada semua murid tahun 6, diucapkan selamat menempuhi UPSR pada 13 hingga 15 September 2011. Kami mendoakan agar anda semua dapat menjawab soalan dengan sebaik-baik mungkin dan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang nanti, amin!!!

Thursday, August 25, 2011

Selmat Hari Raya

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua murid, guru, staf sokongan, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan serta pengusaha kantin, Maaf Zahir dan Batin. Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan mereka yang beroleh 'kemenangan', amin!

Sekolah akan bercuti untuk hari raya bermula pada hari esok, 26 Ogos 2011 dan kembali semula ke sekolah pada 5 September 2011.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, July 19, 2011

Thursday, July 7, 2011

Bulan Kecergasan


Pada bulan Julai setiap tahun adalah merupakan bulan kecergasan. Sepertimana tahun-tahun lepas, sila nantikan pelbagai program yang berkaitan dengan kecergasan di sepanjang bulan ini.

Program Bulan Kecergasan
1. Latihan Rumah Sukan : 12 - 14 Julai 2011 ( 7.30 - 9.00 pagi)
2. Sukantara : 19 - 20 Julai 2011
3. Sukan Tahunan : 21 - 22 Julai 2011

Monday, July 4, 2011

guru praktikum

Kami menerima 2 orang guru praktikum hari ini. Mereka ialah Cik Norlida bt Samsuddin dan Cik Nur Dini bt Zakwan dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang akan menjalani praktikum fasa 2 selama dua bulan di kelas pendidikan khas.

Seluruh warga SKPPS mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani praktikum dengan jayanya!!!

Tuesday, June 28, 2011

lawatan sambil belajar

Kelab IT SKPPS akan mengadakan lawatan sambil belajar ke KL esok. Lawatan ini disertai oleh seramai 36 orang murid dan 9 orang guru. Bas akan bertolak pada jam 6.30 pagi.

Thursday, June 23, 2011

Lesson Study

WHAT IS LESSON STUDY 

Lesson study* is a professional development process that Japanese teachers engage in to systematically examine their practice, with the goal of becoming more effective. This examination centers on teachers working collaboratively on a small number of "study lessons". Working on these study lessons involves planning, teaching, observing, and critiquing the lessons. To provide focus and direction to this work, the teachers select an overarching goal and related research question that they want to explore. This research question then serves to guide their work on all the study lessons. 

While working on a study lesson, teachers jointly draw up a detailed plan for the lesson, which one of the teachers uses to teach the lesson in a real classroom (as other group members observe the lesson). The group then comes together to discuss their observations of the lesson. Often, the group revises the lesson, and another teacher implements it in a second classroom, while group members again look on. The group will come together again to discuss the observed instruction. Finally, the teachers produce a report of what their study lessons have taught them, particularly with respect to their research question. 

*"Derived from the Japanese word jugyokenkyuu, the term 'lesson study' was coined by Makoto Yoshida...it can also be translated in reverse as 'research lesson' [coined by Catherine Lewis], which indicates the level of scrutiny applied to individual lessons." --RBS Currents, Spring/ Summer 2002


Read more here

Sunday, June 19, 2011

Hari Terbuka 2011

Akan diadakan pada 1 Julai 2011, hari Jumaat mulai jam 7.45 pagi. Semua ibu bapa dijemput hadir demi kepentingan pelajaran anak masing-masing. Akan diadakan juga jualan makanan dan minuman, berbelanjalah sambil menderma. Terima kasih.

Wednesday, May 25, 2011

motivasi



Untuk mencapai kecemerlangan, faktor-faktor seperti  ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap memainkan peranan penting. 

Ilmu – kita perolehi dengan cara mencarinya, biasanya menerusi pembacaan. Orang yang malas membaca pasti ilmunya sangat cetek.  Sebab itulah ramai di kalangan murid yang gagal dalam peperiksaan kerana mereka kurang membaca. Kita pernah mendengar  kata-kata ‘ membaca jambatan ilmu’.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...