Monday, April 21, 2008

PETUA MEMIKAT HATI GURU


Salah satu petua memikat hati guru anda ialah satu petua yang selalu anda dengar, ‘hormati guru anda’. Namun, berapa ramaikah anak murid yang benar-benar menghormati guru mereka?

Kebanyakan pelajar agak kurang pasti apa maksudnya menghormati guru ini. Adakah ia bermaksud anda mesti dengar semua cakap guru anda walaupun ia tidak betul? Adakah anda perlu menerima bulat-bulat apa yang mereka katakan? Adakah anda mesti setuju dengan semua tindakan mereka dan jangan sekali-kali mempersoalkan apa yang mereka lakukan?

Begini, kita perlu lihat petua ini dari satu sudut yang mudah. Kita perlu menghormati guru kita seperti kita menghormati seseorang yang pernah terhutang budi. Jika ada seseorang yang pernah menolong anda ketika anda benar-benar dalam keadaan susah, bagaimanakah cara anda melayan orang itu? Tentu dengan baik sekali bukan?

Begitu juga dengan guru. Selain daripada ibu bapa, guru adalah insan yang utama yang paling berbudi kepada kita. Kalau guru saya tidak mengajar saya matematik dengan betul sewaktu saya dalam darjah satu dahulu, sudah tentu saya masih tidak pandai mengira sekarang. Tentu anda setuju.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru anda?

PERTAMA :Paling mudah, beri perhatian apabila guru anda bercakap sama ada di dalam kelas atau semasa dia sedang bercakap dengan anda. Jangan ambil hati teguran mereka walaupun ia mungkin berbunyi kasar dan menyakitkan hati. Saya percaya guru anda tidak ada langsung niat buruk dengan kata-kata mereka.

KEDUA : Ceriakan diri anda semasa guru anda sedang mengajar dalam kelas. Duduk seperti seorang pelajar ceria yang seronok berada dalam kelas. Jika anda kelihatan, guru anda akan rasa anda tidak suka kepadanya atau tidak suka apa yang diajarnya. Ini juga akan membuat mereka rasa anda tidak hormat kepadanya. Bayangkan rungutan guru yang berbunyi?begini, “Huh, budak tu, bila saya masuk kelas nak mengajar je mula la dia tunjuk muka bosan. Buat tak tahu je bila saya masuk kelas. Tak ada rasa hormat langsung!’.

KETIGA : Gunakan suara dan intonasi yang berbunyi mesra. Kadangkala pelajar tidak sedar bahawa gaya mereka bercakap berbunyi agak biadab dan tidak sopan. Ini disebabkan oleh tabiat bercakap yang tidak baik setiap hari. Tanya kawan anda sama ada cara anda bercakap berbunyi sopan atau biadab. lebih baik lagi, tanya guru anda sendiri sama anda pernah bercakap dengan nada yang tidak sesuai dengan mereka.

KEEMPAT : Tanya soalan jika anda tidak faham. Jika selepas bertanya soalan di dalam kelas dan anda masih tidak faham, cari peluang untuk berjumpa dengan guru anda secara bersemuka. Selalunya, anda akan belajar dengan lebih baik apabila mendapat perhatian penuh daripada guru anda. Dalam masa yang sama, guru anda akan rasa anda benar-benar mahu belajar dan suka belajar daripadanya.

KELIMA : Jangan bergurau berlebihan dengan guru anda. Tidak salah bergurau dengan seorang guru tetapi anda tidak boleh samakan bergurau dengan guru dan bergurau dengan kawan. Ia akan kelihatan biadab dan mungkin menjatuhkan air muka guru atau membuat mereka tersinggung.

Satu kelebihan jika anda menghormati orang lain tidak kira mereka guru atau tidak. Ingat, jika anda hormat orang lain, orang lain juga akan hormati anda. Jika anda mahu dihormati, anda mesti menghormati orang terlebih dahulu.

Wednesday, April 9, 2008

sambutan maulidurrasul

Sekolah akan mengadakan sambutan maulidurrasul pada hari Jumaat ini, 11 April 2008 yang akan disertai oleh semua warga SKPPS.

Tuesday, April 8, 2008

mesyuarat agung PIBG

PIBG sekolah ini akan mengadakan mesyuarat agung pada hari Sabtu,
3 Mei 2008. Semua ibu bapa dan penjaga murid SKPPS dijemput hadir.

Cenderahati berbentuk hamper disediakan!
Datanglah beramai-ramai!

guru oh guru

Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya?

Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.

Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari.

Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.

Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.

Tugas Guru Dijadikan Nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.

Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.

Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.

Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…
Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya.

sumber: http://jarumemas.blogspot.com

Monday, April 7, 2008

Selamat Datang

Kami, warga SKPPS dengan sukacitanya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Pn Hahmiyah bte Hashim, GPK HEM dan En Mohammed bin Omar, GPK Kokurikulum ke sekolah ini.

Selamat bertugas dan menyertai kami sebagai warga SKPPS. Semoga kehadiran tuan dan puan akan memudahkan lagi laluan kita menuju kepada visi, "SKPPS cemerlang menjelang tahun 2010'

Selamat Maju Jaya

Kami, warga SKPPS mengucapkan selamat maju jaya kepada Tn Hj Othman bin Hashim, GPK Kokurikulum yang berpindah ke SK Convent, Muar mulai 16 Mac 2008.

Segala jasa bakti dan khidmat tuan akan tetap kami kenang hingga ke akhir hayat. Kami juga memohon maaf di atas sebarang kesalahan dan kesilapan sepanjang kita bersama-sama di bawah bumbung SKPPS.

Selamat bertugas di tempat baru dan selamat maju jaya!

Wednesday, April 2, 2008

Saat Terakhir Rasullulah s.a.w

Bulan ini merupakan bulan kelahiran Rasullulah. Sebagai tanda ingatan kita kepada baginda, ramailah di antara kita yang mengadakan sambutan Maulidur Rasul yang mana antaranya kita mengadakan perarakan sambil membacakan salawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sambutan Maulid ini adalah tanda ingatan kita atas kelahiran Nabi ke atas dunia ini tetapi bagaimana pulakah saat terakhir Nabi sebelum baginda meninggalkan dunia fana ini? Marilah bersama kita hayati... SAAT-SAAT AKHIR RASULLULAH.

Pagi itu , Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya.Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, beerti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintai aku akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullulah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya turun naik menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba. “Rasullulah akan meninggalkan kita semua”, keluh hati semua sahabat ketika itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasullulah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasullulah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya. Rasullulah yang ketika itu telah terjaga bertanyakan anaknya
“ Siapakah itu wahai anakku?”. “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekarang aku melihatnya”. Rasullulah lalu menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenangkannya.” Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan didunia. Dialah malaikat maut.” Kata Rasullulah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasullulah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasullulah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “ Jibril, betapa sakinya sakaratul maut ini.” Perlahan Rasullulah mengaduh. Fatimah terpejam. Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku , hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasullulah kepada malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal.” Kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasullulah memekik, kerana kesakitan yang tidak tertahan lagi. “ Ya Allah, dahsyat nian maut ini. Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”
Badan Rasullulah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak menyatakan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
“ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku.” Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu.” Di luar pintu, tangis mulai kedengaran bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinga ke bibir Rasullulah yang mulai kebiruan. “ Ummatii, ummatii, ummatii – umatku,umatku,umatku”.

Berakhirlah hidup manusia yang mulia yang memberi sinaran itu. Betapa cintanya Rasullulah kepada kita. Persoalannya mampukah kita menyintai baginda seperti mana cintanya beliau kepada kita? Bersamalah kita renungkan.........

Sumber: http://nisamelaka.blogspot.com

Gejala Sosial

(sila klik untuk besarkan)


Sumber: http://nisamelaka.blogspot.com

Tuesday, April 1, 2008

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR,PMR, STAM DAN SPM 2008


PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan tarikh bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, dalam satu kenyataan hari ini berkata peperiksaan UPSR dijadualkan dari 9 hingga 11 September, PMR dari 13 hingga 17 Oktober, STAM pada 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober, manakala SPM dari 12 November hingga 6 Disember.

Beliau berkata, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berusaha sedaya upaya memenuhi permintaan bagi melewatkan tarikh peperiksaan dengan menyusun semula jadual operasi pengendalian peperiksaan berkenaan tahun ini.

Katanya, dengan pelbagai kekangan yang dihadapi pelbagai pihak terutama LPM yang mengendalikan peperiksaan itu, adalah sukar untuk mengadakan semua peperiksaan serentak pada hujung tahun persekolahan. Tarikh cuti akhir tahun persekolahan ialah 14 November ini.
Sumber : www.bharian.com.my

Tarikh UPPM & UPSR 2011

UPPM 1
• 8 - 10 Mac
UPPM 2
• 24 - 26 Mei
UPPM 3
• 26 - 28 Julai
UPPM 4
• 1 - 4 November


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
• 13 – 15 September 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...