Friday, September 26, 2008

penulisan laporan kajian tindakan

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
PROJEK KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan Penguasaan Mengingati Kronologi dan Peristiwa dalam Subtajuk Sejarah untuk Kelas 1H dengan Menggunakan Kaedah ‘Read, Feel and Tell’ (RFT)
Oleh
EN SHAH MUDZAFAR BIN MUSA
SMK Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh,
Muar, Johor

April 2011

Isi Kandung

Penghargaan

Abstrak

1.0. Refleksi P&P lalu
- Permasalahan, Kesan dan Tindakan yang perlu diambil (Guru, pelajar & Persekitaran)

2.0. Fokus Kajian
- Penekanan kepada permasalahan, Harapan kepada tindakan yang dilaksanakan dan Kesan permasalahan jika tidak dapat diatasi

3.0. Objektif Kajian
3.1. Objektif Umum – Ikut tajuk
3.2 Objektif Khusus – Kaitkan dengan aktiviti pelaksanaan

4.0. Kumpulan Sasaran
- Siapa? – (Kelas & Tahap murid) dan Berapa ramai?

5.0. Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan masalah – Instrumen yang digunakan
5.2 Analisis tinjauan masalah – Rujuk instrumen yang digunakan
5.3 Tindakan yang dilaksanakan
- Tuliskan semua aktiviti, bahan-bahan dan cara anda membuat pemerhatian untuk menguji keberkesanan tindakan/aktiviti yang anda telah jalankan ke arah meningkatkan kemahiran pelajar bagi menangani masalah yang anda sedang kaji.
5.4 Pelaksanaan tindakan & pemerhatian/penilaian
- Huraikan bagaimana cara pelaksanaan adalah diperlukan
5.5 Refleksi kajian
- Analisis Ujian Pra & Ujian Pos (jika ada),
- Rumusan keseluruhan
- Terangkan perubahan tingkah laku pelajar melalui pemerhatian
- Terangkan perubahan emosi pelajar yang telah dikumpul melalui temu bual dan soal selidik
- Refleksi kajian terhadap guru (Huraikan perasaan guru terhadap keberkesanan kajian yang telah dijalankan)

6.0. Cadangan untuk kajian seterusnya
Aspek lain yang ingin dikaji/aspek yang sama menggunakan tindakan yang lain.

BIBLIOGRAFI

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua warga SKPPS, ibu bapa dan juga semua muslimin dan muslimat. Semoga kemenangan yang diberkati Allah Taala kurniakan kepada kita semua. Kami di SKPPS memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap telah dilakukan.......

Wednesday, September 24, 2008

SESSI PERSEKOLAHAN TAHUN 2009

KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010.

Bagi negeri-negeri lain, cuti penggal pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac; pertengahan tahun 30 Mei hingga 14 Jun; penggal kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 21 Nov hingga 3 Jan 2010.

Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah sebanyak 208 hari.

— BERNAMA

Dipetik daripada www.utusan.com.my 24/9/2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Sri Pinang, SKPPS bermula pada jam 6.00 petang. Bacaan Al-Quran diketuai oleh Tn Hj Mohd Esa bin Arba'ai dengan disertai oleh kira-kira 10 orang murid.

Majlis dihadiri oleh kakitangan SKPPS, AJK PIBG dan murid-murid yang menyertai Program Tadarus sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

Selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, hadirin dijamu dengan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan iaitu nasi minyak dengan ayam masak kurma, dalca dan pencok. Majlis bersurai kira-kira pada pukul 8.00 malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...