Thursday, August 26, 2010

Bonus – Bantuan Kewangan Hari Raya 2010

Bonus raya 2010, duit raya, durian runtuh atau Bantuan Khas Kewangan hari Raya. Apapun istilah yang digunakan, yang pasti pengumuman yang dibuat oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini pastinya akan membuatkan kakitangan awam dan pesara rasa bersyukur dan gembira.

Bantuan Khas Kewangan hari Raya 2010 ni membolehkan lebih 1.24 juta kakitangan awam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan akan menikmati tambahan perbelanjaan sebanyak RM500 setiap orang. Pembayaran akan dibuat sebelum menjelangnya 1 Syawal 1431. “Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini. “Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata mereka ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...