Wednesday, May 25, 2011

motivasi



Untuk mencapai kecemerlangan, faktor-faktor seperti  ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap memainkan peranan penting. 

Ilmu – kita perolehi dengan cara mencarinya, biasanya menerusi pembacaan. Orang yang malas membaca pasti ilmunya sangat cetek.  Sebab itulah ramai di kalangan murid yang gagal dalam peperiksaan kerana mereka kurang membaca. Kita pernah mendengar  kata-kata ‘ membaca jambatan ilmu’.

Kemahiran pula kita perolehi dengan  mempraktikkan apa yang kita baca. Atau dengan kata lain, kita melaksanakan ilmu yang kita perolehi hasil dari pembacaan. Contohnya, kita membaca tentang penanaman padi. Kita dapat ilmu tentang cara-cara padi ditanam.  Itu secara teorinya. Apabila kita mempraktikkan ilmu tersebut, iaitu kita sendiri menanam padi dengan mengikut apa yang kita pelajari, maka dapatlah kita kamahiran menanam padi. Dalam memperolehi kamahiran tersebut, berkemungkinan kita akan menemui beberapa kesukaran sebelum mencapai kejayaan.

Maklumat kita perolehi dari beberapa sumber. Hasil bacaan sudah semestinya. Selain dari itu menerusi maklumat secara lisan atau pandangan orang lain yang disampaikan kepada kita. Ilmu, kemahiran dan maklumat mempunyai hubungan rapat dan saling kena-mengena. Namun ketiga-tiga faktor tersebut tidak akan  ada gunanya jika sikap kita negatif.

Dengan sikap yang betul, seseorang akan berusaha menambah kekurangan yang ada pada ilmu, kemahiran dan maklumat. Jika sikap tidak betul maka ilmu, kemahiran dan maklumat yang melangit pun tidak ada gunanya.

Sekian, untuk renungan kita bersama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...