Wednesday, September 24, 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Sri Pinang, SKPPS bermula pada jam 6.00 petang. Bacaan Al-Quran diketuai oleh Tn Hj Mohd Esa bin Arba'ai dengan disertai oleh kira-kira 10 orang murid.

Majlis dihadiri oleh kakitangan SKPPS, AJK PIBG dan murid-murid yang menyertai Program Tadarus sepanjang bulan Ramadhan kali ini.

Selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, hadirin dijamu dengan hidangan berbuka puasa yang menyelerakan iaitu nasi minyak dengan ayam masak kurma, dalca dan pencok. Majlis bersurai kira-kira pada pukul 8.00 malam.

1 comment:

Anonymous said...

Makan menggunakan talam ye, ok jugak kan?...., kekenyangan lagi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...